A PINK'S PINK PANDA.
SuperGirl
Bias
Friends
Secret Diary

My Journey Bab 2
Tuesday | 00:05 | 0 Strawberry
     Sewaktu rehat, aku sedang menongkat dagu dengan kedua-dua belah tangan di atas meja kantin. Aku termenung jauh. Ayu dan Mia awal-awal lagi sudah lesap. Katanya mahu dating dengan pakwe. Itulah kelebihan sekolah ni, cikgu-cikgu semua tak kisah kalau pelajarnya nak couple sekalipun. Aku bukan tiada orang yang minat, cuma entahlah. Aku tak minat dengan cinta-cinta ni. Mungkin aku tunggu anak raja melamar aku kot. Atau mungkin aku bukan perempuan? Jeng.. Jeng.. Jeng.. Heh! Apa yang aku merepek ni!

     "Hai, Syirah!"

     Aku mengerling seorang pemuda yang tiba-tiba mengambil tempat di hadapanku. Potong stim betullah mamat ni. Tak boleh nak tengok aku senang sikit. Tapi wajah dia macam aku pernh nampak je. Kat mana ekk?

     "Saya Adam Fiqri, budak baru kelas sama dengan awak"tambah Adam sambil tersenyum manis.

     "Ohh.." Aku mengangguk. Patutlah macam pernah nampak je. Sebenarnya waktu Adam memperkenalkan diri di hadapan kelas, aku tengah sibuk membaca novel. Aku, kalau baca novel memang dah tak kisah pasal sekeliling. Kawan-kawan selalu mengejek aku 'hantu novel'. Mereka kata, apa kes baca novel? sekarang orang baca komik. Ada aku kisah? Lantak aku lah nak suka baca pun. Aku memang suka jalan ceritanya. Ia akan membawa aku ke alam lain. 'Alam ciptaan penulis'. Eh, eh! Dah tersasar dari cerita sebenar pula.

     Aku mengangkat kening seperti memberitahunya, kau nak apa? Boleh blah cepat sikit tak?

     Dia seakan mengelabah dan dahinya berpeluh. Aku memandang pelik. Nak kata panas, dongak aje ke atas, nampak lah kipas siling yang betul-betul atas kepala kedudukannya.

     Adam menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk mencari kekuatan yang ada. Kemudian, dia merenung dalam-dalam mata aku. Perlahan-lahan di bersuara.

     "Sebenarnya Syirah, saya suka awak sejak pertama kali saya nampak awak kat kelas. Hmm, jadi sudi tak awak jadi girlfriend saya?" Adam menarik nafas lega setelah berjaya mengucapkannya.

     " Encik Adam, kita bercakap pun tak pernah. Now, you said that you love me? Lawak apa ni? Dah lah Encik Adam, saya tak berminat nak bercinta. Apa kata awak carilah perempuan yang lebih sesuai dengan awak," marah aku. Aku bangun dan ingin segera berlalu, tetapi perlakuan ku terbantut apabila Adam memegang erat tanganku.

     "Mungkin sekarang awak boleh lari. Tapi selepas ni, saya tak akan benarkan awak lari dari saya lagi. Saya tetap akan berusaha untuk buat awak jatuh cinta dengan saya. Itu janji saya!" ujar Adam lalu melepaskan genggamannya dan terus pergi meninggalkanku termanggu-manggu seorang diri.

     bersambung...

Older Post | Newer Post