A PINK'S PINK PANDA.
My Journey Bab 1
Thursday | 23:10 | 0 Strawberry
* woitt , senyap ! aku tau lah aku tak pandai lukis ! *
     "Aku cintakan kau!"
     "err..."
Haa! Mesti korang semua tertanya-tanya, kan? Siapa watak dalam cerita ni? Apakah jawapan yang bakal diberikan? dan blablabla.. My Journey ada jawapannya. So, apa tunggu lagi? Jom kita 'mendalami' cerita ni! Go, go, go!
     Nama aku Nur Insyirah tapi, alaa.. Panggil Syirah je. Aku sekarang 16 tahun dan berada di tingkatan empat di sebuah sekolah yang dirahsiakan. Sebenarnya, bukannya rahsia pun. Tapi, aku saje je nak kasi dramatik sikit. Suka tak?

     Sebenarnya, aku cukup benci jalan seorang diri (seperti apa yang aku tengah buat sekarang) sebab kenapa? Toleh je kepala, nampaklah pasangan yang cintan-cintun. Kalau diorang nak bercinta pun, bercinta je lah sampai berkedut pun, aku peduli apa? Tapi, mesti aje mereka semua bisik-bisik sambil jeling aku. Perlu ke semua tu?

     Rasa macam nak korek je keluar biji mata diorang biar jadi buta macam kassim selamat. Huh! Woi brader-brader and sister-sister sekalian! Aku tau lah aku ni tak ada pakwe. kot ye pun, tak payah lah nak mengumpat aku bagai nak rak! Buat tambah dosa je. Karang aku 'wachaa' sekor-sekor, mau masuk hospital korang semua. Jangan main-main, aku ada tali pinggang hitam. Anda semua memang harus takut. Saya ulangi, anda semua memang harus takut.

     "Insyirah!! Nur Insyirah Binti Shahrol Muzaffar!!"

     Yeah! Itu dia! Tak perlu berpaling ke belakang pun aku sudah tau gerangan sipakah itu. Hanya seorang sahaja manusia di muka bumi ini yang memanggil aku dengan nama yang penuh. Nasib baik aku tak beri tahu nama atuk aku. Kalau tidak, memang panjang lagilah nama aku.

     Aku segera berpaling ke belakang dan disitu berdiri dengan gah nya dua orang anak dara yang sedang tersengih sambil melambai ke arah ku. Aku segera menghampiri mereka.

     "Wei! Perlu ke kau panggil sekali dengan nama bapak aku? berapa kali aku dah cakap, panggil je lah Insyirah. Confirm aku dengar!" Soalan pertama yang aku ajukan sebaik mendapatkan mereka. Inilah salah satu sikap yang aku bengang dengan diorang ni! Bikin panas saja..

     "Bukan aku. Ayu yang panggil, okay? Aku tak bersalah." kata Mia sambil menunding jari ke arah Ayu yanh sedang membuat 'peace'. Haa, peace lah kau. Kang ada juga orang masuk hospital.

     "Alaa, tu pun nak marah ke? Macam tak biasa aku panggil kau macam tu. Lagipun, sekolah ni kan banyak nama Insyirah. Jadi untuk mengelakkan kau keliru.. Aku panggil je lah nama penuh. Kau tengok! susah tau nak dapat kawan yang baik macam aku ni!" Ujar Ayu sambil membuat muka perasan bagusnya.

     Aku mendengus kasar. Ada saja alasan dan ulasan yang diberikan oleh kawan aku yang seorang ni. Aku taulah yang dia ni pembahas terbaik sekolah. Kalau iye pun, tak payah lah nak buat kerja overtime.

"Dah lah, jom masuk kelas. Nanti lewat pula," celah Mia lalu menarik tangan aku dan Ayu yang sedang mematungkan diri sedari tadi.

Older Post | Newer Post

SuperGirl
Bias
Friends
Secret Diary